Saturday 29 December 2018

Tahun 2019

Tahun baru menjelma lagi..perasaan? Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaannya hingga kini..

2019, mudah2an tahun ini mendatangkan kebaikan yang banyak..

Mudah2an tahun ini lebih mematangkan, lebih mendewasakan...

Tahun 1,5,6 menantiku...perancangan? Cuba sesuatu yang baru...

Hmm...##

Tuesday 27 November 2018

Syukur, Redha Dan ...

Hari ni 28 November 2018. Esok keputusan UPSR keluar. Aku masih perlu siapkan kerja-kerja filing yg masih belum selesai.

Memasuki usia 8 tahun sebagai seorang guru, rutin tahunan tidak lagi menjadi satu perkara yg mengujakan.

Dulu, aku masih ada rasa teruja buat persediaan menghias kelas sebelum sesi persekolahan baru.

Sekarang, semua rutin yg sama tu cukup membosankan.

Melalui hari persekolahan, hari sukan, sambutan2 spt hari guru, ihya Ramadan, hari raya, perkhemahan, semuanya sama.

Utk murid, mujur mengajar masih sesuatu yg kuminati. Persediaan? Tahun 1,3,5.

Harapnya akhlak muridnya baik. Hmm...

Wednesday 14 November 2018

Kehidupan Hari Ini

Semakin menginjak usia, ku sangkakan aku makin mengerti hakikat hidup. Rupa2nya kehidupan tidaklah semudah yang disangka.

Meniti alam remaja dan awal kedewasaan, apa yang dilihat indah itulah ia, yang enak dipendengaran, itulah ia. Namun alam kedewasaan mengajarku apa yg dilihat hanyalah lakonan semata. Apa yg didengar hanyalah tapisan akhir dari hasil sulingan. Aku mulai sedar, pemahaman tentang kehidupan hanya membawa kepada kemusnahan dan kekecewaan.

Betapa mudahnya kehidupan memusnahkan kepercayaan. Mungkin kekecewaan sebegini yang membuat para pendeta beruzlah memencilkan diri dari dunia.

Rupa2nya dunia yang ku diami hari ini indah pagar dari rupa. Kusangkakan tenang, tapi rupanya air itu dipenuhi buaya.

Betapa sosok manusia hari ni menilai pangkat dan kronisme. Dari sekecil2 tempat sehingga kepada tempat berprestij.

Betapa segelintir manusia mudah mengecap seseorang individu. Mudah mempercayai tanpa usul periksa. Mudah melabel tanpa mengenal.

Sunday 16 September 2018

Hari Malaysia

Nak tau sejauh mana anda atau anak anda tahu sejarah negara? Ha, jawab soalan mudah ni:

Apa beza Hari Kemerdekaan dgn Hari Malaysia?🤔

Sila jawab yok

Idola Junior Indonesia

Baru Ni aku tgk idola junior Indonesia, kualiti nyanyian budak2 tu terbaikkkk...tak sangka org2 Indonesia ni punya bakat besar. Tak hairanlah diorg ada penyanyi mcm Rossa yg punya lagu2 top

Apa2 pun, aku doakan org Indonesia yg dtgnya dr rmpun yg sama, agar terus sukses

Bermulanya blog

Assalamualaikum, kpd blogger2 di luar sana, mai cheq nak tanya sikit, bila mulanya kewujudan blog ni? Kalau tak silap, zaman I masih kat u, atau baru habis u...err, tak pasti la

Apa2 pun, mengimbau kenangan lama, masa tu aku teringin sgt nak berblog, tapi umah xde tenet. Jadi, aku redha jela

Bila dah ada tenet, kesibukan mghalang aku dr bblog. Nak mengarang panjang2, nak posing dan bselfie tu, mmg bukan aku

Jadi, setakat ni aku ikut jela mood, nak karang perihal diri, atau mengenai kerja atau hal2 sejarah atau isu2 semasa..k, bubye 🤗

Monday 10 September 2018

Awal Muharam

Assalamualaikum kpd semua, sedar tak sedar kita telahpun berada di tahun baru hijrah,1440H. Bermakna sudah lebih 1429 tahun nabi Muhammad S.A.W meninggalkan kita.

Tahun ni umurku 33 tahun, pejam celik pejam celik, dah 33 tahun aku hidup di dunia sementara ini.

Moga segala urusan hidupku dipermudahkan. Moga dapat kembali ke syurgaNya.

Aamin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Wednesday 5 September 2018

Gmax Genesis

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak share cerita tentang beli Gmax Genesis tab yang jual kat wowshop tu. Alkisahnya handset lama kena air, dah pening lalat..kjap ok kjap ko. letih melayan kerenahnya, dan takut risau beli enset ala2 mahal sikitla bagi aku ni, jadi beli encet murah..hehe

Kalau dari segi function, not bad, boleh bagi 10/10. Cuma dari segi kualiti gambar jelah kot, aku bagi 6-7 dr 10.

Yang aku suka sgt sebab free gift dia bagi keyboard, bila sambung leh taip macam notebook macam laptop. Ni yg best sgt...suka3 =)

Kesimpulannya, Alhamdulillah aku bersyukur dapat encet baru ni =)

Thursday 30 August 2018

Lavida Coin

Assalamualaikum semua,

Ritu ada tulis pasal cryptocurrency, bitcoin tapi macam tak berapa jelas lagi. Tup2 jumpa pulak isu Lavida coin.

Ni web yg bagus utk faham ttg cryptocurrency dan lavida coin. Sapa berminat nak faham, nak tahu, leh click sini http://www.majalahlabur.com/pelaburan/lavida-coin-boleh-percaya-kah/

Khas utk sahabatku


Buat sahabatku, Shu
Thank you.

2MiRoTa Games

Hari ni nak share aktiviti best dgn murid tahun 6.  Almaklumlah dah nak dekat periksa, cikgu pun duk kalut pikiaq camana la nak cover topik2 lepas (utk ingatkan vocab2 baru).

Pastu terfikirla idea 2
 MIROTA GAMES ni.

Camana nak maintain? Senang ja, kacang sgt.

Mula2 edar ja word lists by units tu kepada murid. Better do it in pairs. Kemudian, beri nombor kumpulan.

Pastu, suruh budak translate perkataan yg diorang tahu ke bm dlm masa 2 minit.  Lepas 2 minit tukar kertas. Kertas yang diberi kumpulan 1 beri kpd kump 2,  kump 2 beri kpd kump 3 dan seterusnya.

Tukar kertas setiap 2 minit sehingga setiap kumpulan dapat semua kertas.

Yg bestnya permainan ni bila mula2 laju je translate. Bila dah tukar dlm 5 kertas, dah mula buka kamus. Sebab banyak perkataan senang2 kumpulan lain yg dpt kertas tu dulu dah translate.

Part plg best, bila murid dapat helaian kertas terakhir, siap minta tambah masa. Jadi, sebab kita baik hati bagila tambahan masa jadi 5 minit..hehe. Sebab apa tau? Sebab masa ni semua kumpulan dah buka kamus utk cari maksud 😁

Jepun lagi

Siapa yang pernah berkunjung ke blog ku sebelum ini, pasti perasan, aku dah pernah tulis dan ceritakan kekagumanku kepada bangsa Jepun. Satu bangsa yang sangat berdisiplin, sangat menjaga kebersihan dan sangat jujur.

Siapakah manusia yang memiliki akhlak teragung? Manusia itu adalah nabi kita, nabi akhir zaman. Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanakah keindahan dan kemuliaan akhlak nabi? Nabi adalah al-Quran yang berjalan.

Yang ku pelik di sini, kenapakah umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak dapat menterjemahkan keindahan akhlak kepada manusia lain? Sepatutnya kitalah bangsa yang terbersih, berdisiplin, jujur.

Ku fikir dan ku fikir. Jawapannya mudah, kerana bagimana mungkin kita menjadi al-Quran yang berjalan, jika kita tersangat jauh dari al-Quran?

Kenapa kukatakan sangat jauh? Ya, kita baca al-Quran, malahan pandai melagukannya, bahkan jua menghafalnya. Malangnya, kita gagal memahami kandungannya.

Kita yang lahirnya Islam, banyak memahami ayat berkenaan syariat, berkenaan ibadat. Ya, betul. Iman bukan sekadar dilafaz dalam hati atau diikrarkan di lidah tetapi juga dilaksanakan dengan perbuatan.

Tetapi jika perbuatan itu tidak lahir dari hati, itulah jawapan kepada permasalahan kita pada hari ini.

Jom kuatkan iman dengan memahami ayat-ayat al-Quran berkenaan aqidah. Supaya kukuh dan teguh aqidah kita. Jom pelajari ayat2 berkenaan syurga dan neraka. Supaya hidup kita jelas terpandu.

" Aku mengikut jalan ini kerana ia membawaku ke syurga. Aku menjauhi jalan itu kerana ia menuntunku ke neraka".

Kesan sistem perbankan kepada lensa dunia

Dunia yang kita diami kini, adalah dunia berpaksikan wang. Peralihan daripada penggunaan matawang bersandarkan emas telah mengayakan kelompok tertentu. Tahukah anda siapakah kelompok itu? Lihatlah manusia terkaya di dunia setelah kemunculan bank dan penggunaan matawang kertas.

Mengapa wang kertas dan sistem perbankan mengayakan mereka? Hal ini adalah kerana penggunaan matawang kertas membuatkan manusia berbelanja melebihi kemampuan. Manusia berbelanja diluar kuasa beli. Dengan cetakan wang kertas tanpa nilai, bank memberi pinjaman dan membuat cetakan atas dasar yang hakikatnya tiada apa-apa.

Ibarat si kaya meminjamkan duit kepada si miskin dengan mencetak kertas kosong yang dipanggil wang kertas. Si kaya yang tiada harta pada asalnya menjadi berharta.

Inilah lensa dunia hari ini. Harga kereta, harga rumah begitu jauh dari kuasa beli sebenar.

Sebagai contoh, si A yang bergaji RM3000 sebulan, membeli sebuah kereta berharga M90,000 serta sebuah rumah berharga RM300,000.

Kita buat pengiraan,

300,000 + 90,000 = 390,000

390,000/3,000 = 130 Bulan

130/12 = 10 tahun +++

Ini hanyalah pengiraan kasar. Jika kesemua gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, 10 tahun diperlukan untuk melangsaikan hutang tersebut. Manusia hari ini mengambil masa 20-30 tahun untuk membeli rumah dengan berhutang.

Mari kembali ke zaman 90an. Tika itu 50sen boleh digunakan untuk membeli laksa. Atau separuh biji buah jambu batu dengan serbuk asam.

Sekarang? Laksa semangkuk paling murah RM3.00. Mungkin 1/6 biji jambu batu berharga RM1.00. Separuh biji bersamaan RM3.00.

Dalam tempoh masa 20 tahun, kenaikan harga barang adalah sebanyak 6 kali ganda.

Jika kiraan ini adalah betul, zaman anak cucu kita, sepinggan laksa berharga RM18.

Adakah keadaan akan sama jika kita menggunakan emas sebagai sistem matawang?

Riba Dan kejatuhan sistem khilafah

Salam semua. Sempena hari merdeka esok, aku pikirkan tentang merdeka. Ntah kenapa tetiba aku teringat tentang zaman gemilangnya kerajaan Islam.

Siapa tahu tahun berakhirnya sistem khilafah? Siapa tahu apa puncanya?

Bagi aku yang tak berapa rajin membaca. Purata dalam 5-6 buku setahun adala...bagi aku sistem khilafah ni jatuh berpunca daripada riba.  Dan terjebaknya kerajaan Uthmaniyyah ke dalam riba adalah disebabkan oleh penglibatan mereka ke dalam kancah perang Dunia Pertama.

Bukan setakat itu, jika kita telusuri dengan lebih mendalam, bagaimana bermulanya riba? Riba bermula apabila wujudnya sistem perbankan. Dan tahukah anda, rentetan daripada wujudnya sistem perbankan dan revolusi perindustrian, hinggalah kepada perancangan sulit perang Dunia Pertama inilah tertubuhnya Bank Dunia. Penubuhan Bank Dunia dirancakkan lagi dengan kewujudan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain badan dunia.


Saturday 25 August 2018

Dr Daniel Zainal Abidin Saying

Baru2 ni aku ada tgk youtube, cari ttg apa ntah dah lupa. Pastu terclick ttg Dr Danial cerita mengenai tuhan. Kat situ dia ada cakap, ustaz di sekolah mengajar tentang agama, tetapi tak ajar ttg kecantikan agama tu sendiri. Ajar tentang solat ttp tidak pada keindahan, kepentingan solat itu sendiri.

Tapi yg aku nak nyatakan di sini adalah aku tak salahkan ustaz. Dah silibus disusun macam tu, depa pun kena ajaq macam tu la.

Jangan kata hal agama, ambil contoh mudah kebersihan. Dalam kelas pun buat sampah. Kalau sambut hari sukan ka apa, sampah pun bertaburan di merata2. Yg plg best, plastik sampah dah diikat di merata2 tiang pun, budak tinggal je sampah terkedang kat mana depa makan. So, amacam?

Belum kira di peringkat negara, kempen Sayangi Sungai Kita, setelah lebih 10 tahun dilaksanakan, sungai masih tercemar. Mentaliti kita masih tak berubah. Cer tanya sikit apa Jepun buat sehinggakan rakyatnya berdisiplin, bersih dan jujur?

Aih, dah jauh ku melencong 😅

Nak katanya, kelompongan dlm sistem pendidikan di negara kita wajar ditangani dgn solusi ampuh. Persoalannya bila dan bagaimana??


Buku teks CEFR

Assalamualaikum semua. Hari ni aku terpanggil utk cerita ttg buku teks. Pada aku rakyat Malaysia memerlukan transformasi atau perubahan besar dalam penyediaan buku teks.

Ada beberapa sudut yang boleh diubah atau diperbaiki. Dan kukira bahagian ini adalah antara yang terpenting. Jika setel bahagian ni 50% tu dah selamat.

1) Semua buku teks bahasa mengandungi isi/topik yang sama. Contoh topik pertama untuk BM tentang tempat2 di sekolah. Topik ini mesti selaras untuk subjek BI/BA/BC/BT. Supaya apa? Ha, yg ni mesti ramai boleh fikirkan tujuan kenapa kita mesti buat camtu....kan kan kan kan kan. Ha, byk betul kan nya 😁

2) Buku teks CEFR dibuat berdasarkan item2 yang terdapat dlm kurikulum framework utk setiap sub skills. To be truthful, that's not an easy task. But if the government can come up with this kind of textbook they will indirectly provide the teachers with materials that will ensure the successful implementation of CEFR. It must be parallel for all years (y1-y6).

Pertinent to this, we will be able to integrate the scaffolding into the system. Rafther then scaffold in the process as the curriculum framework itself is a scaffolding.



Buang sawang

Assalamualaikum kepada semua, semoga gembira hari ni. Topik hari ni tentang sawang.

Cuti sekolah dah nak abis. Today is the last day. Tomorrow will be starting the class after 1 week off.

Cuci porch tick
Mop lantai tick
Tanda Kertas ujian Tahun 6 tick
Pendaftaran tingkatan satu tick separuh
Erph tick
Sawang belum tick

Ha, tu la sebabnya topik hari ni pasal sawang. Apa2pun doakanku utk rajin menyawang..ahakks. Adios




Saturday 9 June 2018

Ramadhan 2018

Salam Ramadhan

Haha...itu aje yg keluar...not in a mood to write, nothing comes out

Adios amigos 👋

Wednesday 25 April 2018

Ku bertanya

Ku tanya pada alam
Kenapa pepohon tidak menyapaku
Dengan gemalainya dedaunan

Ku tanya pada langit
Kenapa kesuraman yang menyapa
Mendungmu membawa rawan
Yang entah bila kan pergi

Ku tanya pada bulan
Kenapa sinarmu begitu kelam
Kegelapan malam kian mencengkam

Ku tanya pada sang bayu
Kenapa berhenti berlagu
Desirmu terhenti mati

Ku bertanya dan terus bertanya
Di manakah salahnya
Akankah matahari menyua muka
Membawa seri dan makna
Pada jiwa yang sirna

Tuesday 13 March 2018

Corat coret malam Rabu

Korang penah tak rasa bosan dgn kehidupan sehari-hari?

Aku sekarang bosan tahap 2. Tahun lepas tahap 1.  Tahun ni kiranya bertambahla kebosanan aku 😅

Aku perasan yg dr dulu aku jenis cepat bosan kalau buat perkara yg sama berulang2. 

Ha, tu jelah nak kabo. Adios!

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...