Thursday 30 August 2018

Kesan sistem perbankan kepada lensa dunia

Dunia yang kita diami kini, adalah dunia berpaksikan wang. Peralihan daripada penggunaan matawang bersandarkan emas telah mengayakan kelompok tertentu. Tahukah anda siapakah kelompok itu? Lihatlah manusia terkaya di dunia setelah kemunculan bank dan penggunaan matawang kertas.

Mengapa wang kertas dan sistem perbankan mengayakan mereka? Hal ini adalah kerana penggunaan matawang kertas membuatkan manusia berbelanja melebihi kemampuan. Manusia berbelanja diluar kuasa beli. Dengan cetakan wang kertas tanpa nilai, bank memberi pinjaman dan membuat cetakan atas dasar yang hakikatnya tiada apa-apa.

Ibarat si kaya meminjamkan duit kepada si miskin dengan mencetak kertas kosong yang dipanggil wang kertas. Si kaya yang tiada harta pada asalnya menjadi berharta.

Inilah lensa dunia hari ini. Harga kereta, harga rumah begitu jauh dari kuasa beli sebenar.

Sebagai contoh, si A yang bergaji RM3000 sebulan, membeli sebuah kereta berharga M90,000 serta sebuah rumah berharga RM300,000.

Kita buat pengiraan,

300,000 + 90,000 = 390,000

390,000/3,000 = 130 Bulan

130/12 = 10 tahun +++

Ini hanyalah pengiraan kasar. Jika kesemua gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, 10 tahun diperlukan untuk melangsaikan hutang tersebut. Manusia hari ini mengambil masa 20-30 tahun untuk membeli rumah dengan berhutang.

Mari kembali ke zaman 90an. Tika itu 50sen boleh digunakan untuk membeli laksa. Atau separuh biji buah jambu batu dengan serbuk asam.

Sekarang? Laksa semangkuk paling murah RM3.00. Mungkin 1/6 biji jambu batu berharga RM1.00. Separuh biji bersamaan RM3.00.

Dalam tempoh masa 20 tahun, kenaikan harga barang adalah sebanyak 6 kali ganda.

Jika kiraan ini adalah betul, zaman anak cucu kita, sepinggan laksa berharga RM18.

Adakah keadaan akan sama jika kita menggunakan emas sebagai sistem matawang?

No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...