Thursday 30 August 2018

Lavida Coin

Assalamualaikum semua,

Ritu ada tulis pasal cryptocurrency, bitcoin tapi macam tak berapa jelas lagi. Tup2 jumpa pulak isu Lavida coin.

Ni web yg bagus utk faham ttg cryptocurrency dan lavida coin. Sapa berminat nak faham, nak tahu, leh click sini http://www.majalahlabur.com/pelaburan/lavida-coin-boleh-percaya-kah/

Khas utk sahabatku


Buat sahabatku, Shu
Thank you.

2MiRoTa Games

Hari ni nak share aktiviti best dgn murid tahun 6.  Almaklumlah dah nak dekat periksa, cikgu pun duk kalut pikiaq camana la nak cover topik2 lepas (utk ingatkan vocab2 baru).

Pastu terfikirla idea 2
 MIROTA GAMES ni.

Camana nak maintain? Senang ja, kacang sgt.

Mula2 edar ja word lists by units tu kepada murid. Better do it in pairs. Kemudian, beri nombor kumpulan.

Pastu, suruh budak translate perkataan yg diorang tahu ke bm dlm masa 2 minit.  Lepas 2 minit tukar kertas. Kertas yang diberi kumpulan 1 beri kpd kump 2,  kump 2 beri kpd kump 3 dan seterusnya.

Tukar kertas setiap 2 minit sehingga setiap kumpulan dapat semua kertas.

Yg bestnya permainan ni bila mula2 laju je translate. Bila dah tukar dlm 5 kertas, dah mula buka kamus. Sebab banyak perkataan senang2 kumpulan lain yg dpt kertas tu dulu dah translate.

Part plg best, bila murid dapat helaian kertas terakhir, siap minta tambah masa. Jadi, sebab kita baik hati bagila tambahan masa jadi 5 minit..hehe. Sebab apa tau? Sebab masa ni semua kumpulan dah buka kamus utk cari maksud 😁

Jepun lagi

Siapa yang pernah berkunjung ke blog ku sebelum ini, pasti perasan, aku dah pernah tulis dan ceritakan kekagumanku kepada bangsa Jepun. Satu bangsa yang sangat berdisiplin, sangat menjaga kebersihan dan sangat jujur.

Siapakah manusia yang memiliki akhlak teragung? Manusia itu adalah nabi kita, nabi akhir zaman. Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanakah keindahan dan kemuliaan akhlak nabi? Nabi adalah al-Quran yang berjalan.

Yang ku pelik di sini, kenapakah umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak dapat menterjemahkan keindahan akhlak kepada manusia lain? Sepatutnya kitalah bangsa yang terbersih, berdisiplin, jujur.

Ku fikir dan ku fikir. Jawapannya mudah, kerana bagimana mungkin kita menjadi al-Quran yang berjalan, jika kita tersangat jauh dari al-Quran?

Kenapa kukatakan sangat jauh? Ya, kita baca al-Quran, malahan pandai melagukannya, bahkan jua menghafalnya. Malangnya, kita gagal memahami kandungannya.

Kita yang lahirnya Islam, banyak memahami ayat berkenaan syariat, berkenaan ibadat. Ya, betul. Iman bukan sekadar dilafaz dalam hati atau diikrarkan di lidah tetapi juga dilaksanakan dengan perbuatan.

Tetapi jika perbuatan itu tidak lahir dari hati, itulah jawapan kepada permasalahan kita pada hari ini.

Jom kuatkan iman dengan memahami ayat-ayat al-Quran berkenaan aqidah. Supaya kukuh dan teguh aqidah kita. Jom pelajari ayat2 berkenaan syurga dan neraka. Supaya hidup kita jelas terpandu.

" Aku mengikut jalan ini kerana ia membawaku ke syurga. Aku menjauhi jalan itu kerana ia menuntunku ke neraka".

Kesan sistem perbankan kepada lensa dunia

Dunia yang kita diami kini, adalah dunia berpaksikan wang. Peralihan daripada penggunaan matawang bersandarkan emas telah mengayakan kelompok tertentu. Tahukah anda siapakah kelompok itu? Lihatlah manusia terkaya di dunia setelah kemunculan bank dan penggunaan matawang kertas.

Mengapa wang kertas dan sistem perbankan mengayakan mereka? Hal ini adalah kerana penggunaan matawang kertas membuatkan manusia berbelanja melebihi kemampuan. Manusia berbelanja diluar kuasa beli. Dengan cetakan wang kertas tanpa nilai, bank memberi pinjaman dan membuat cetakan atas dasar yang hakikatnya tiada apa-apa.

Ibarat si kaya meminjamkan duit kepada si miskin dengan mencetak kertas kosong yang dipanggil wang kertas. Si kaya yang tiada harta pada asalnya menjadi berharta.

Inilah lensa dunia hari ini. Harga kereta, harga rumah begitu jauh dari kuasa beli sebenar.

Sebagai contoh, si A yang bergaji RM3000 sebulan, membeli sebuah kereta berharga M90,000 serta sebuah rumah berharga RM300,000.

Kita buat pengiraan,

300,000 + 90,000 = 390,000

390,000/3,000 = 130 Bulan

130/12 = 10 tahun +++

Ini hanyalah pengiraan kasar. Jika kesemua gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, 10 tahun diperlukan untuk melangsaikan hutang tersebut. Manusia hari ini mengambil masa 20-30 tahun untuk membeli rumah dengan berhutang.

Mari kembali ke zaman 90an. Tika itu 50sen boleh digunakan untuk membeli laksa. Atau separuh biji buah jambu batu dengan serbuk asam.

Sekarang? Laksa semangkuk paling murah RM3.00. Mungkin 1/6 biji jambu batu berharga RM1.00. Separuh biji bersamaan RM3.00.

Dalam tempoh masa 20 tahun, kenaikan harga barang adalah sebanyak 6 kali ganda.

Jika kiraan ini adalah betul, zaman anak cucu kita, sepinggan laksa berharga RM18.

Adakah keadaan akan sama jika kita menggunakan emas sebagai sistem matawang?

Riba Dan kejatuhan sistem khilafah

Salam semua. Sempena hari merdeka esok, aku pikirkan tentang merdeka. Ntah kenapa tetiba aku teringat tentang zaman gemilangnya kerajaan Islam.

Siapa tahu tahun berakhirnya sistem khilafah? Siapa tahu apa puncanya?

Bagi aku yang tak berapa rajin membaca. Purata dalam 5-6 buku setahun adala...bagi aku sistem khilafah ni jatuh berpunca daripada riba.  Dan terjebaknya kerajaan Uthmaniyyah ke dalam riba adalah disebabkan oleh penglibatan mereka ke dalam kancah perang Dunia Pertama.

Bukan setakat itu, jika kita telusuri dengan lebih mendalam, bagaimana bermulanya riba? Riba bermula apabila wujudnya sistem perbankan. Dan tahukah anda, rentetan daripada wujudnya sistem perbankan dan revolusi perindustrian, hinggalah kepada perancangan sulit perang Dunia Pertama inilah tertubuhnya Bank Dunia. Penubuhan Bank Dunia dirancakkan lagi dengan kewujudan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain badan dunia.


Saturday 25 August 2018

Dr Daniel Zainal Abidin Saying

Baru2 ni aku ada tgk youtube, cari ttg apa ntah dah lupa. Pastu terclick ttg Dr Danial cerita mengenai tuhan. Kat situ dia ada cakap, ustaz di sekolah mengajar tentang agama, tetapi tak ajar ttg kecantikan agama tu sendiri. Ajar tentang solat ttp tidak pada keindahan, kepentingan solat itu sendiri.

Tapi yg aku nak nyatakan di sini adalah aku tak salahkan ustaz. Dah silibus disusun macam tu, depa pun kena ajaq macam tu la.

Jangan kata hal agama, ambil contoh mudah kebersihan. Dalam kelas pun buat sampah. Kalau sambut hari sukan ka apa, sampah pun bertaburan di merata2. Yg plg best, plastik sampah dah diikat di merata2 tiang pun, budak tinggal je sampah terkedang kat mana depa makan. So, amacam?

Belum kira di peringkat negara, kempen Sayangi Sungai Kita, setelah lebih 10 tahun dilaksanakan, sungai masih tercemar. Mentaliti kita masih tak berubah. Cer tanya sikit apa Jepun buat sehinggakan rakyatnya berdisiplin, bersih dan jujur?

Aih, dah jauh ku melencong 😅

Nak katanya, kelompongan dlm sistem pendidikan di negara kita wajar ditangani dgn solusi ampuh. Persoalannya bila dan bagaimana??


Buku teks CEFR

Assalamualaikum semua. Hari ni aku terpanggil utk cerita ttg buku teks. Pada aku rakyat Malaysia memerlukan transformasi atau perubahan besar dalam penyediaan buku teks.

Ada beberapa sudut yang boleh diubah atau diperbaiki. Dan kukira bahagian ini adalah antara yang terpenting. Jika setel bahagian ni 50% tu dah selamat.

1) Semua buku teks bahasa mengandungi isi/topik yang sama. Contoh topik pertama untuk BM tentang tempat2 di sekolah. Topik ini mesti selaras untuk subjek BI/BA/BC/BT. Supaya apa? Ha, yg ni mesti ramai boleh fikirkan tujuan kenapa kita mesti buat camtu....kan kan kan kan kan. Ha, byk betul kan nya 😁

2) Buku teks CEFR dibuat berdasarkan item2 yang terdapat dlm kurikulum framework utk setiap sub skills. To be truthful, that's not an easy task. But if the government can come up with this kind of textbook they will indirectly provide the teachers with materials that will ensure the successful implementation of CEFR. It must be parallel for all years (y1-y6).

Pertinent to this, we will be able to integrate the scaffolding into the system. Rafther then scaffold in the process as the curriculum framework itself is a scaffolding.



Buang sawang

Assalamualaikum kepada semua, semoga gembira hari ni. Topik hari ni tentang sawang.

Cuti sekolah dah nak abis. Today is the last day. Tomorrow will be starting the class after 1 week off.

Cuci porch tick
Mop lantai tick
Tanda Kertas ujian Tahun 6 tick
Pendaftaran tingkatan satu tick separuh
Erph tick
Sawang belum tick

Ha, tu la sebabnya topik hari ni pasal sawang. Apa2pun doakanku utk rajin menyawang..ahakks. Adios




Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...