Tuesday 9 May 2017

DIGITAL INK

Rini nak update citer pasal gi bengkel Digital Classroom. Macam yg aku bgtau sebelum2 ni, aku bab2 tekno xla advance. Org dah sibuk bercakap, aku tak tau pun apa yg depa duk ckp tu. Risau tertinggal jauh. Jadi pi la bengkel, at least taula jgk benda apa yg disebut2 tu

1) DIGITAL INK
- Secara mudah: penggunaan tekno yg menggantikan papan hitam dan papan putih.

-Caranya: A) guna visualiser + PC/laptop + LCD projektor
                 B) guna henset (mirroring) + LCD projektor
                 C) guna henset + screan beam/ easy cast + LCD projektor


A) guna visualiser + PC/laptop + LCD projektor

Visualiser ni ada byk. Range harga dari mahal, sederhana hinggalah ke murah. Aku suggest beli je yg dah siap cikgu2 buat sendiri dan jual. Less than RM200.

Steps:
-Psg visualiser, cucuk ke laptop yang telah disambungkan ke LCD.
-Adjust gambar dari buku yg nak dipancarkan tu seperti yg dimahukan.
-Boleh conteng2 buku @ kertas soalan guna kemudahan screen scratch atau sticy note yg dah sedia ada dlm Windows 10.

B) guna henset (mirroring) + LCD projektor

-Install google apps: Mobizen dalam henset
-Install Mobizen for PC dlm laptop yang telah disambungkan ke LCD
-Cak! Boleh tunjuk papar apa saja dalam henset tu terus ke LCD

C) guna henset + screan beam/ easy cast + LCD projektor

-Beli screen beam atau ezy cast dan lain2 cast (buat survey dulu, sbb benda2 ni kejap je dtg version baru)
-Cucuk di lubang HDMI pada projektor
-On hotspot
-Boleh terus papar apa2 dlm henset terus ke LCD

Ha, nila yg aku faham ttg Digital Ink. Semua ni masih dlm peringkat teori bagi aku. Belum cuba lagi dlm sesi pdpc.

Doakan aku leh guna secepat yg mgkin.

Ja mata' 😄



Rejuvenate continues...

Tentang blog pulak, samala aku tak pandai sgt berblog ni. Cuma aku lebih prefer blog dr fb. Tapi xde masa nak berblog. Dan lagi aku xtau nak tulis ttg apa.

Mula2 nak tulis pasal pendidikan, kongsi2 pasal pdp. Tapi mcm tak hidup sgt..rupa2nya baru kusedar aku lebih minat godek2 hal sejarah ++.

Jadi mulai saat ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku. Nanti boleh kutatap semula. Dan mungkin jgk blh bg org2 yg tersesat ke blog aku ni sama2 berkongsi pemikiran aku yg ala2 pelik skt ni..😃

Rejuvenating Skin vs Rejuvenating life

Aku ni takdela pandai bab2 tekno ni. Dan bukan jugak org yg up to date dgn gadjet2 ni. Aku pernah rajin jugak berfb masa zaman u dan maktab dulu. Bermula dgn friendster pastu fb. Aku dah tutup akaun friendster. Dan dah tak wujud dah kot selepas keglameran fb.

Masa zmn berfb dulu, time emo jek aku cari fb, taip2 kat sana. Adela jgk aku share yg bagus2. Tp byk emo je. Jadi aku stop berfb, lama jugakla. Bila masuk semula, dah byk benda berubah, fb dah jadi medium bisnes dah boleh jadi medan share macam2 artikel, video. Maksud aku share bukan setakat di wall sendiri, tapi boleh share dr wall2 org lain. Fb jgk dah jadi platform menteri2, artis2 mendekatkan diri dgn org ramai.

Tapi sampai hari ni aku tak gunakan fb secara aktif. Ntahla, mungkin aku sedikit ortodoks. Memang seronok tgk kawan2 share gambar2 terkini dgn keluarga, dgn masakan yg pelbagai, dgn percutian yg menyeronokkan. Kdg teringin jgk, tapi ada yg menghalang. Apa yg menghalang? 1) Aku terfikir, bila aku dah meninggalkan dunia ni, fb aku masih ada. Dan org bukannya akan ingat sgt password kita. Kalau tulis tu, belum tentu ingat di mana simpannya. Kalau aku tulis benda yg baik2, hantar gambar yg baik2, okla. Tapi klu yg sebaliknya?? 2) Aku penah baca dulu, tak ingat hadis ka apa, perkara yg terlalu mggembirakan atau terlalu mendukcitakan jgn dikongsi.

Tu la dua sebab yg hlg aku guna fb dgn aktif.


Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...