Sunday, 5 April 2020

Corat Corey Covid 19

Hari ni 5 April 2020, siapa sangka di tahun ini seluruh dunia terkesan dengan covid 19, musuh yg tidak dapat dilihat, di dengar mahupun dirasa.

Kadang bangun dari tidur rasa seakan mimpi. Benarkah kita perlu berada di rumah kerana serangan virus?

Sungguh menyayat hati bila memikirkan hal ini. Namun disebalik itu, bila memikirkan ini mungkin bala terhadap musuh2 Allah dan rahmat bagi orang beriman, hati terasa lebih bahagia.

Tak tahu di mana mahu dimulakan. Ingin kukatakan covid 19 bukanlah satu keadaan bila mana ada vaksin, atau kita sudah imun, bermakna segalanya okay.

Juga tidak bermakna, apabila ekonomi pulih, rakyat boleh keluar berbelanja, hidup kita terus berjalan seperti biasa.

Padaku, covid 19 sepatutnya menjadi penanda, menjadi pemula kepada 1 jalan hidup yang diredhaiNya.

Kita telah lama hilang, sejak 509 tahun yang lalu. Bilakah kita akan kembali?

Sistem hidup kita telah lama hancur punah. Inilah masanya kita bangunkan ekonomi kita, pentadbiran kita, pendidikan kita, mengikut sistem hidup yang selamat.

Sistem ekonomi berpaksikan hutang dan riba, kita gantikan dengan sistem wakaf.

Sistem pentadbiran berlandaskan demokrasi, kita gantikan dengan sistem khilafah.

Sistem pendidikan sekular kita gantikan dengan sistem pendidikan pondok.

Faham betul2, sistem ini bukan utk kita semata, sistem ini utk semua.

Jika bukan sekarang, bila lagi?

Friday, 3 January 2020

New Year 2020

Pejam celik pejam celik,  kita dah pun tiba di tahun 2020, tahun di mana kita sepatutnya sudahpun menjadi sebuah negara maju.

Bercakap tentang negara maju, dulu2 aku tak pernah membayangkan apa, cuma terbayang negara barat yang maju.

Tetapi kini di usia 30an, aku adala sikit bayangan, mengenai apa yang aku harapkan pada sebuah negara yang dikatakan maju.

Ha, ni aku share ciri2 negara maju dambaanku.. acewah bunyi 😁

1) sebuah negara maju yang mempunyai acuannya sendiri. Bukan copy paste sistem negara lain 100%

2) negara maju yang mempunyai sistem pendidikan berfokuskan pembinaan akidah dah sahsiah. Apa maknanya maju jika akhlak rakyat ya runtuh

3) negara yang sistem kewangannya berdiri sendiri. Transaksi menggunakan mata wang sendiri. Tidak lagi bergantung kepada USD

Hmm..cukupla 3 ni dulu, kalau ada lagi ku sambung kemudian insyaAllah

Adios

Sunday, 15 December 2019

Hati

Hati itu pemiliknya masih sama

Di usia 5 tahun
Mata kerap kali mengalirkan air
Tapi hatinya tersenyum manis

Di usia 10 tahun
Jiwanya makin kental
Air yang bergenang cepat2 diseka
Tapi hatinya masih penuh bahagia

Di usia 15 tahun
Di balik pintu yang tertutup
Dia menangis
Hatinya mula tercarit duka

Di usia awal 20an
Hatinya hanya sesekali dijentik
Mungkin sesekali air hangat mengalir
Namun hati semakin mengecil

Di usia 30an
Hanya ditikar sejadah
Berderai air matanya
Namun hati itu semakin tenat

Kenapakah hati Itu berubah?
Walhal pemiliknya masih sama

Adakah berubah kerana dosa?
Atau kerana persekitaran?
Atau kerana kesusahan?
Atau kerana kecemburuan?
Atau kerana salah sangka atau prasangka?
Atau kerana kewalahan?

Adakah hati yang tenat tadi
Akan terus mengecut dan kuncup
Lalu mati

Tidaklah Dia memandang rupa
Tidaklah Dia memandang harta...
Tetapi HATI

Tuesday, 29 October 2019

Live your life as it is

Bekerja dan berusahalah ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kamu akan mati keesokan hari.

Besar dan mendalam sungguh kata2 ini.

As a human being,  we do have our plan. To get something or to reach our target, until sometimes we forget to live in the present moment.

At the age of 34, with a husband and two sons, with a house to protect from the scorching sun, rain and windy night, with a car to move freely hear and there, what else do I seek for?

I am just searching for blessful live. Whatever comes, whatever happens, I just hope that it will keep me closer to Him.

Kita boleh berdoa, merancang dan bertindak. Diakhirnya semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sana. Allah sebaik2 perancang.

Dan ketahuilah Dia tidak melihat hasil. Hasil adalah dibawah takluknya. Sedang usaha itu yang dinilai.

Monday, 23 September 2019

Oktober 2019

Sedar tak sedar, minggu hadapan tibalah bulan Oktober..bulan yg dinanti2 kerana dah hujung tahun. Klu budak sek xsabar tggu cuti, klu cikgu samala jugak hehe. Cuma biasalah seorg guru wlupun di waktu cuti otak masih jugak fikirkan tentang pdp..acewah

Tadi aku tgk gambar di facebook, gambar semasa kpli dan gems, usia dua puluhanku sudah berlalu. Dah makin tua aku rupanya.

Tak tahupun nak tulis pasai apa. Cuma kdg kala aku rindu pada teman2 lama, sahabat2ku...semoga kalian berbahagia walau di mana saja korang berada!♥️

Monday, 14 January 2019

The greatest love

Dulu ada satu lagi nasyid ni aku suka. Berkisahkan tentang cinta pada diri sebagai cinta pertama.

Dulu aku tak berapa faham, tak berapa merasai bagaimana cinta kpd diri sendiri menjadi cinta pertama?

Kini di usia 34 tahun baru aku sedar, sememangnya cinta kpd diri harus diutamakan. 

Kerana melalui saat2 luka dan kecewa dalam hidup, apa yg membantu kita utk terus melangkah adalah cinta dan sayangkan diri sendiri. 

Kita tidak seharusnya membiarkan orang lain berbuat sesuka hati terhadap diri kita. Kita ada harga diri, maruah diri, agar jangan sampai ianya diinjak2. 

Mencintai diri juga bererti kita menerima diri kita seadanya. Personaliti kita itulah diri kita. Orang yang menyayangi kita sepatutnya menerima kita seadanya. Bukan merubah diri kita menjadi individu yang lain. 


Saturday, 29 December 2018

Tahun 2019

Tahun baru menjelma lagi..perasaan? Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaannya hingga kini..

2019, mudah2an tahun ini mendatangkan kebaikan yang banyak..

Mudah2an tahun ini lebih mematangkan, lebih mendewasakan...

Tahun 1,5,6 menantiku...perancangan? Cuba sesuatu yang baru...

Hmm...##

Corat Corey Covid 19

Hari ni 5 April 2020, siapa sangka di tahun ini seluruh dunia terkesan dengan covid 19, musuh yg tidak dapat dilihat, di dengar mahupun dira...