Thursday 30 August 2018

Jepun lagi

Siapa yang pernah berkunjung ke blog ku sebelum ini, pasti perasan, aku dah pernah tulis dan ceritakan kekagumanku kepada bangsa Jepun. Satu bangsa yang sangat berdisiplin, sangat menjaga kebersihan dan sangat jujur.

Siapakah manusia yang memiliki akhlak teragung? Manusia itu adalah nabi kita, nabi akhir zaman. Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanakah keindahan dan kemuliaan akhlak nabi? Nabi adalah al-Quran yang berjalan.

Yang ku pelik di sini, kenapakah umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak dapat menterjemahkan keindahan akhlak kepada manusia lain? Sepatutnya kitalah bangsa yang terbersih, berdisiplin, jujur.

Ku fikir dan ku fikir. Jawapannya mudah, kerana bagimana mungkin kita menjadi al-Quran yang berjalan, jika kita tersangat jauh dari al-Quran?

Kenapa kukatakan sangat jauh? Ya, kita baca al-Quran, malahan pandai melagukannya, bahkan jua menghafalnya. Malangnya, kita gagal memahami kandungannya.

Kita yang lahirnya Islam, banyak memahami ayat berkenaan syariat, berkenaan ibadat. Ya, betul. Iman bukan sekadar dilafaz dalam hati atau diikrarkan di lidah tetapi juga dilaksanakan dengan perbuatan.

Tetapi jika perbuatan itu tidak lahir dari hati, itulah jawapan kepada permasalahan kita pada hari ini.

Jom kuatkan iman dengan memahami ayat-ayat al-Quran berkenaan aqidah. Supaya kukuh dan teguh aqidah kita. Jom pelajari ayat2 berkenaan syurga dan neraka. Supaya hidup kita jelas terpandu.

" Aku mengikut jalan ini kerana ia membawaku ke syurga. Aku menjauhi jalan itu kerana ia menuntunku ke neraka".

No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...