Hati itu pemiliknya masih sama
Di usia 5 tahun
Mata kerap kali mengalirkan air
Tapi hatinya tersenyum manis
Di usia 10 tahun
Jiwanya makin kental
Air yang bergenang cepat2 diseka
Tapi hatinya masih penuh bahagia
Di usia 15 tahun
Di balik pintu yang tertutup
Dia menangis
Hatinya mula tercarit duka
Di usia awal 20an
Hatinya hanya sesekali dijentik
Mungkin sesekali air hangat mengalir
Namun hati semakin mengecil
Di usia 30an
Hanya ditikar sejadah
Berderai air matanya
Namun hati itu semakin tenat
Kenapakah hati Itu berubah?
Walhal pemiliknya masih sama
Adakah berubah kerana dosa?
Atau kerana persekitaran?
Atau kerana kesusahan?
Atau kerana kecemburuan?
Atau kerana salah sangka atau prasangka?
Atau kerana kewalahan?
Adakah hati yang tenat tadi
Akan terus mengecut dan kuncup
Lalu mati
Tidaklah Dia memandang rupa
Tidaklah Dia memandang harta...
Tetapi HATI
No comments:
Post a Comment