Monday 16 October 2017

Time will tell

Semua yg bgelar manusia, yg masih hidup di dunia. Pasti akan diuji. Ada yg diuji dgn pasangan hidup, ada yg diuji dgn rakan sekerja, dgn anak2, dgn saudara mara, dgn jiran tetangga dll

Ujian adalah normal. Bukan namanya manusia jika tidak berdepan dengan ujian.

Cuma bagaimana kita berdepan dgn ujian itu yg menentukan status kita, martabat kita..di sisi manusia? Tidak, tetapi siapa kita di sisi Tuhan

Jangan disalahkan Tuhan, kerana ujiannya utk mengangkat darjat kita.

Jangan disalahkan tuhan, kerana ujiannya dalam kemampuan kita

Kuncinya SABAR, SABAR, SABAR

Dan bersyukurlah kerana di sebalik ujian masih begitu banyak nikmat Allah yg perlu kita syukuri, nikmat anak, kesihatan, nikmat kerja, gaji, rumah, kereta

Jika susah utk bersyukur, lihatlah insan yg kurang dari kita.

Jika kita berkereta, lihatlah mereka yg bjalan kaki

Jika kita tinggal di rumah sewa, lihatlah mereka yg tak mampu pun menyewa rumah, atau dihalau kerana tak mampu bayar sewa lalu terpaksa tidur di jalanan

Jika kita hari2 boleh makan, lihatlah mereka yg tiada makanan, yg mengemis demi sesuap nasi

Jika kita sihat boleh bergerak ke sana sini, boleh makan dan minum sesuka hati, boleh tidur lena hari2, boleh tonton tv, tengok movie, boleh dengar lagu sambil menyanyi

Nikmat manakah lagi yg ingin kita dustakan?

Fikir yg baik2
Didik hati dgn sabar dan syukur
Buat yg baik2

InsyaAllah kebaikan melimpah ruah datang kepada kita

Time will tell


Monday 9 October 2017

Sistem kewangan

Dahulunya semasa mula2 Islamic banking diperkenalkan aku ada jugak mengakaji aka membaca utk mengeratahui perbezaanNya dgn sistem konvensional.

Yang aku fahami masa itu, sistem kewangan Islam jika dari segi pinjaman kewangan, bunganya adalah tetap. Tidak berubah-ubah.

Jadi, peminjam akan terselamat dari bahaya kadar bunga yg naik terlalu tinggi.

Baru-baru ini, nak kata baru pun tak baru sangatla. Awal tahun mungkin atau kuater pertama, aku difahamkan,  jika kadar bunga berubah, tak fix tapi kadarnya diletakkan dlm range tertentu tetap dikira sebagai sistem Islam.

Tetapi rupa2nya sistem perbankan tu sendiri dari awal penubuhannya adalah sistem berasakan riba.

Ianya menjadikan manusia sebagai hamba kepada wang. Ianya sistem yg merompak kekayaan dari orang ramai dengan hasrat mengayakan satu kelompok masyarakat.

Mengapa dikatakan sistem perbankan berasakan riba? Haa, silalah Google  cari sebab I pun tak pandai nak explain kat sini 😅

I dah ngantuk, mata pun dah nak terpejam. Selamat malam. Wan an. Lailah sa'idah.

Nak cakap hal politik?

Dulu semasa aku di awal 20an, memang aku berminat jugak ambik tau hal2 politik.

Tapi di usia awal 30an ni aku rasa tiada yg menarik ttg politik di Malaysia.

Sebab pada aku, ya parti yg memerintah memang tak sempurna. Tapi itu juga yg berlaku kpd parti yg bukan memerintah. Pada awalnya semasa mereka mentadbir negeri2 tertentu, semuanya indah. Tetapi lama kelamaan terpalit juga dgn isu.

Rakyat tiara pilihan. Hendak ditukar tiada parti yg solid yg mampu diharapkan.

Mampukah kewujudan 2 parti baru yg salah 1 nya ditunjangi bekas pemimpin negara yg pada suatu masa pernah dipuji akan kebijaksanaannya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pentas dunia.

Mampukah gabungan parti lama dan baru ini mengubah landskap politik negara?

Koleksi sajakku

Aku pernah reka sajak bertemakan merdeka untuk pertandingan bersajak murid sek ren la kan since aku ni ckgu sek ren takkan nak buat utk pelajar sek men pulak kan 😀

Ada jugak buat sajak bahasa Inggeris baru2 ni, kalau rajin dan kalau masih ada lagi sajak2 lama tu, kan ku copy paste di sini

Tggu I godek2 laptop dulu. Adios amigos 👋👋

Kerinduan ini

Sajak adalah cintaku
Antara cinta lain yg ada
Ianya beraja di jiwa

Sayang jugak bila aku tak gunakan blog ni menukilkan karya. Walau tak sehebat Hamka, aku menukilnya dengan jiwa raga

Rinduku pada karya
Rinduku pada Dia
Rinduku pada satu wajah
Yang entah bisakan tidak kutatapinya

Sungguh aku kerinduan
Pada si pemunya nama
Indah tiada tara
Namanya tersebut di mana-mana
Menjadi penukil pemula nama

Hari ni aku ada banyak benda nak cerita

Dah 2 topik, tak cukup lagi. Rini aku tambah lagi topik ke3. Sebenarnya aku nak kongsi kekecewaanku. Ahakss kecewa betul bunyinya..huhuhu

Yelah, mana tak kecewanya, bila usahaku di pandang sebelah mata

Nak mengalah dan berhenti saja?

Mengalah takkan sekali, spt kata pepatah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Aku selaku hamba hanya selayaknya terus berusaha. Hasil akhirnya adalah milik Allah. Ianya hak mutlak Allah. Allah itu berkehendak. Bila Allah berkata kun, Fayakun!

And I know that Allah he is the sustainer, he is the creator, he is the almighty. He doesn't look at what you gain, but he look at what you have done.

So, smile always ☺

Who am i

Its kind of funny and strange for someone who is in early 30s to have this kind of feeling.

To feel that you dun belong to people and place around you. Is it because I'm not truly Malays? My grandfather is an Indian Muslims. Here in Malaysia we call them mamak. And out of the blue I'm married to a Chinese Muslim.

Is it because of this?

But according to my own observation, people like to talk about event but I didn't enjoy it. I love to talk about problem and solutions.

I enjoy talking about problems and direct my thoughts for a solution. That makes me feel alive.

Maybe it's true. I live on my own life. So pitiful 😄

Zaman selfie sebagai bukti

Siapa pernah terfikir suatu hari kita akan berada di zaman dunia tanpa sempadan, dunia tanpa privasi mungkin.

Semarang makanan yang dimasak kita ambil gambar dan kongsi. Anak buat apa kita ambil gambar dan kongsi. Serba Serbia kita ambil gambar dan kongsi.

Kadang aku rasa asing di dunia yg Serbs canggih ni. Iyalah aku jenis yg kurang gemar berkongsi. Pun kurang gemar berselfie.

Bagi aku menjual barang2 dan berkongsi cerita adalah 2 perkara berbeza. Tapi sedangkan itu yg diperlukan dlm perniagaan online.

People needs to feel an 'attachment' with you, from that interest will be gained, then they start believing. It's good actually.

But I found it beyond my 'style'. Sometimes I feel that I need to change. My hubby always say that I live in my own world.

But at the same time I don't think I have to change for the sake of others. At one moment in my life, yes, I tried to change. But at last I realise I don't need to be someone else for the sake of others. I think people should accept me for who am I. Just like I accept  them for who they are.

Thursday 5 October 2017

Kalaulah...

Ustaz kata tak elok menggunakan kalau, kerana dengan kalau syaitan mudah mempengaruhi manusia

Tapi utk hari ni izinkan aku menggunakan kalau,

Kalaulah aku kahwin dengan orang kaya, sudah pasti aku berhenti kerja

Kalaulah di ppd ada unit r&d, dah lama aku mohon masuk ke sana, buat penyelidikan

Ya Allah, ketahuilah hati ku ini makin rapuh, makin gersang, makin tawar

Ubatilah hatiku agar kembali teguh, subur dan penuh dengan kemanisan

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara, buat mengumpul bekal di sana

Tujuan hidupku kerana Allah, mencari redha Allah

Ini lorong yg Allah berikan utkku, moga lorong ini menjadi ladang pahala

Wahai hati, usahlah kau tangisi, bilamana kau tiada teman di sisi

Wahai hati, ketahuilah Allah itu sangat dekat. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui







Wednesday 4 October 2017

Cikgu hanya menunggu masa...

Menjadi guru hari ini hanya menunggu masa untuk dipersalahkan

Sekolah terbakar, ditanya guru di mana?
Murid gagal ditanya, guru buat apa?

Tugas hakiki untuk mengajar ntah ke mana
Dek mengejar tugasan lain yg tak henti kunjung tiba

Guru kini dipandang sebelah mata
Sedih menjadi guru di zaman sekarang

Pengorbanan tidak dihargai

Tapi tak mengapa
Dunia tempat berbakti
Mudah2an hidup diberkati

Ya Allah didiklah aku utk melakukan segalanya kerana-Mu

Berkatilah pekerjaanku agar ianya menjadi ibadah disisi-Mu

Berilah aku kekuatan
Ubatilah tiap luka
Tiap keletihan, istirehatlah


Katak bawah tempurung?

Kadang bila tengok blog-blog orang lain, macam2 ada. Ada artikel, ada gambar, ada info. Tengok blog aku, hidup segan mati tak mahu..sadis je

Tengok fb pulak, rupa2nya mcm2 bisnes ada. Aku je yg ketinggalan. Memang macam katak bawah tempurung..

Sekarang jugak, gaya sekarang, hampir semua perkara yg dibuat, selfie, tangkap gambar, dijadikan sebagai bahan bukti.

Rupa2nya aku tak suka open2 cerita sana sini. Tak kena dgn jiwa aku. Bila difikirkan aku lagi suka cara hidup zaman dahulu, tanpa kecanggihan teknologi.

Hari ni 4 Okt. 2017 aku decide nak jadikan blog aku ni sebagai tempat meluah rasa dan pandangan. Tempat aku bersyok sendiri.

Satu hari boleh aku baca kembali.



Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...