Tuesday 19 December 2017

Jualan online

Hari ni aku nak share pro and con beli melalui online.

Pro

1) Mudah. Tak pelu bersiap, bawak kereta ke tempat tu. Pembelian hanya di hujung jari.

2) Menjimatkan masa, tenaga Dan wang.

3) Tak kalut nak shopping bersama anak2 kecik.

Con

1) Tak dapat nilai kualiti barang dgn jelas.

2) Adakah terjamin? Seandainya seller dah send barang, tetapi barang Tak sampai disebabkan masalah kiriman POS. Siapa yg akan tanggung kerugian? Adakah seller akan send brg semula? Atau pulangkan duit? Atau seller Tak ambik pusing disebabkan kesilapan bukan Dari pihaknya.

3) Kalau seller tu jual sorang2, xde org lain yg urus. Kalau tiba2 Ada aral melintang. Customer xtau, ingat ditipu. Dia marah2, kutuk2. Kalau bayaran dah dibuat Dan tidak dihalalkan. Macam mana tu???

Persoalan ketiga ni yg merisaukan aku...

Shopee

Hari ni nak review psl shopee. Aku bukanlah penggemar shopping online. Pernahla Dua tiga Kali beli kot Lazada. Beli kot eleven street. Beli Dari online seller.

Yg terbaru aku Cuba beli melalui shopee. Sebab tertarik dgn harga yg murah.

Tapi utk cubaan pertama, aku rasa kecewa Dan serik jugakla. Despite of to komen2 positif yg aku jumpa...

Pengalaman buruk aku ni bukan dgn seller tetapi dgn shopee sendiri.

Aku ralat sebab shopee tak maklumkan transaksi pembayaran aku gagal.

Aku buat pembelian hari sabtu, punya excited tggu brg yg diorder. Cuma yg peliknya, dia kata akan hantar update melalui phone no yg aku daftar. Tunggu tak sampai2. Aku berbaik sangka, xpala ahad kerja. Tunggu isnin. Sampai hari selasa pun xdak sebarang berita.

Aku cek account statement, bayaran dah dibuat. Duit dah dipotong. Bill aku call customer service pun aku tak berapa puas hati.

Dia layan aku macam aku ni kecoh sgt walau beli barang baru harga rm100. Padahal dia xtau, aku spend masa jugak kot utk pilih tudung mana, warna apa, pastu masukkan detail pembayaran, punyala excited tggu barang sampai, tup2 transaksi tak berjaya.

Pastu lagi ulang2 cakap duit akan dikembalikan dlm masa 7-14 hari tanpa rasa bersalah.

Manners mana manners?

At least hantarla emel pemberitahuan transaksi and tidak berjaya. Duit akan dipulangkan dlm ms selewatnya 14 hari bekerja.

Customer takdela ternanti2 tanpa sebarang berita. Siap Tanya seller. Siap kena call customer service bagai.

Nasib baik aku bukan panas baran. Kalau tak, tak pasal2 seller yg dipersalahkan kenapa brg tak sampai.

Utk org yg dah pernah beli mungkin dia Tau Ada masalah. Utk first timer mcm aku manala nak Tau.

Kalau dah buat pembayaran berjaya, Dan siap Naik products ordered Dan thank you for purchasing with us, aku anggap transaksi berjaya la.

Sedih2, hopefully shopee bolehla take note kes aku ni. Dan perbaiki mana yg kurang.

Menjejak sistem khilafah yg hilang

Entri  ni dah lama nak buat tapi tak berkesempatan, ni anak lena awai bolehla I godek2 internet

Dulu2 masa zaman sek.aku takdela minat sgt subject sejarah. Masa sek men ren aku suka pun sebab ckgu dia lawak. Pastu pulak dia panggil aku siti nurhaliza..hehe

Cumanya bila dah makin meningkat dewasa aku suka sejarah. Bila boleh Google Dan jumpa macam2 yg byk menyingkap peristiwa sebenar aku jadi suka

Dan aku mula terfikir2

Contohnya, aku terfikir2 kenapa takde panduan sistem 2 pemerintahan Islam yg lengkap?

Contohnya sistem pendidikan, Kita cuma Tau sipi2, walhal sepautnya di zaman kegemilangan Islam, di waktu manusia berbangga apabila mereka mampu bertutur Bahasa Arab sepertima di zaman sekarang, manusia berlumba2 mempelajari Bahasa inggeris.

Pada masa tu, sepatutnya Ada sistem yg jelas, yg boleh Kita ikuti secara langsung.

Aku pernah baca Kat mana ntah, masa kerajaan Islam diserang, buku2 dibuang ke laut sehingga laut bertukar menjadi hitam...kenapa nak buang buku?

Rupa2nya nak tutup segala ilmu Islam. Bagaimana pentadbiran Islam, ekonomi Islam dll.

Kemudian selepas mereka hilangkan khazanah ilmu ni. Mereka datangkan ideologi2 mereka. Mereka sebarkan ke serata ceruk dunia.

Cuma, baru2 ni aku terbaca, rupa2nya Ada insan2 di luar Sana, yg berniat mengkaji sistem khilafah yg hilang ni..

Mudah2an dgn izin Allah mereka mampu menjadikannya satu realiti..aamiin.


Thursday 14 December 2017

Dapat duit free dgn apps? Generating money apps?

Pernah dengar, tengok video @ main game @ click je @ add kawan boleh dapat duit free?

Teringin jugak nak tau, bila explore rupanya byk yg scam.

Dalam byk2 yg scam tu, terjumpa 1 apps ni senang sgt. Just click2 dpt duit. Pastu bila nak redeem/dptkan duit tu kena melalui paypal.

Sebelum ni pernahla jumpa paypal ni tapi tak faham pun konsep dia mcm mn.

Jadi google la...rupa2nya paypal ni kita guna bila nak buat urusan jual beli atau transfer duit ke negara lain, maksudnya matawang berbeza.

Org yg buat bisnes atau ada anak belajar oversea biasala kot dgn paypal ni.

Cumanya kalau utk buat pembelian, xde yuran.

Utk jual atau terima duit pun xde yuran tetapi akan ada charge beberapa percent utk setiap transaksi.

Jadi nak ceritanya, kalau guna apps tu pembayaran melalui paypal. Paypal akan charge utk duit yg masuk. Jadi paypal dpt untung kat situ.

Cuma yg tu ok lagi. Yg membuatkan aku rasa tak best dan batalkan hajat utk sign up sebabnya, paypal akan tahan kita dari withdraw money sampai akaun kita mencecah amaun tertentu.

Tu takpe jgk lagi wlupun dah tak best. Paypal pulak tak mention brp amaunnya.

Yg plg menakutkan bila terms and conditions kata, boleh terminate akaun bila2 masa tetapi wlupun akaun dah tutup segala transaksi/apa2 berlaku masih perlu ditanggung.

Mgkin aku yg skeptikal. Atau mgkin perkara ni biasa dlm dunia perbankan. Mungkin bila kita buka akaun bank ada nyatakan jugak mcm ni.

Tapi sebab yg ni international, ditambah dgn dunia yg semakin kacau bilau, baik elakkan semua benda yg ada unsur gharar ni.

Wallahua'lam...

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...