Sunday, 16 August 2020
Cerita ceretek bulan Januari
Sistem hidup hari ini
Ye, betul. Dari sekecil2 hal hingga sebesar2 hal kita ditunjukkan cara.
Manualnya adalah Al Quran dan Hadis Nabi.
Bangun pagi kita mula kan dengan dua, bersyukur diberi peluang utk hidup lagi, mencari pahala utk akhirat nanti. Kita mandi, mandi pun ada caranya, siap mandi, lap, nak pakai baju pun ada doanya ada caranya.
Buang najis besar, najis kecil pun ada caranya kena berdehem dan sebagainya.
Nak makan pun ada caranya, guna tangan kanan, ambil yang dekat dulu dan pastinya tak lupa berdoa, supaya berkat jadi ibadat.
Itu baru sepagi, belum masuk rutin lain lagi. Dah berjumpa kawan2, orang ramai, ada adab2nya. Sembang jangan berbisik2 berdua bila ada orang ketiga dan lain2. Nak berjual beli ada syaratnya ada akadnya, jangan menipu dalam sukatan dan sebagainya.
Dalam berkeluarga ada adab2nya, umur 10 tahun kalau tak silap nak masuk bilik ibu ayah time2 tertentu kena minta izin. Umur berapa tahun tak ingat kena asingkan tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.
Ha, tengok betapa Islam menjaga kita menonton ke arah yang baik.
Di top up dengan solat 5 waktu, puasa Ramadhan, tunai zakat, pergi haji setel rukun Islam yang lima.
Adakah dengan ini kita sudah 100% beramal dengan cara hidup Menurut manual kita?
Oh tidak, rasanya belum lagi. Dari sudut pentadbiran contohnya kita dilarang mengangkat orang bukan Islam menjadi pemimpin.
Dari sudut ekonomi pula, kita masih berpaksikan riba. Malah kewangan kita hari ini sangat dekat dengan hutang.
Dari sudut pendidikan pula, kita kurang didikan ke arah mengenal Allah...justeru itu ibadah kita tidak sampai ke hati. Sebut nama Allah, dengar kalam Allah, hati tidak bergetar. Apatah lagi untuk merasakan al khauf dan ar raja'..
PERSONALITI
Ha, 1 lagi nak cerita tentang ujian personaliti, manusia di dunia ni jika ikut ujian myers Brigg, boleh dibahagikan kepada 3
1) ekstrovert
Individu berpersonaliti ekstrovert ni biasanya ramah tamah, out spoken, biasanya depa ni menghidupkan suasana
2) introvert
Individu jenis ni pula biasanya kurang bercakap, diorang lebih suka bersendirian, suka bersunyi2, biasanya depa lagi suka memerhati
3) ambivert
Individu yg ambivert ni tak ramai. Depa ada dua2 personaliti, enjoy dalam suasana ramai orang, boleh berborak, tapi dalam masa yang sama perlu ruang bersunyi2 untuk recharge tenaga
Kenapa penting kita tau pe-el manusia ni? Supaya kita tak mudah cop orang. Kata orang ni sombong la, tak mesra la, walhal memang fungsi otak dia macam tu. Kan tak semena mena dapat dosa free.
Penting jugak utk tau benda ni sbg ibu bapa, supaya tau perangai dan lebih memahami anak2 kita.
Dan teramat lah penting untuk tau personaliti sendiri, supaya kita kenal diri dan terima diri seadanya. Aware tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kenapa penting kenal diri? Sebab bila kita tau kekuatan dan kelemahan diri, kita akan lebih menghargai diri sendiri. Kita juga takde nak cemburu kat orang sbb sedar hakikat tiap org ada lebih dan kurangnya.
Ok, tu saja nak mengomel hari ni. Moga ada faedahnya utk sapa2 yg baca. Adios amigos 👋😉
RPH
Hari ni nak cerita 2 perkara:
1) tentang RPH
RPH ni ikut syaratnya tak boleh buat awal. Contoh BI/BM yang hari2 ada kelas, hari ni habis mengajar, baru boleh buat rph untuk esok.
Rasionalnya sebab, dah habis ajar hari ni, buat refleksi barula teruskan perancangan untuk esok.
Tapi benda ni sangat kontra dengan hakikat hidup kita yang sebenar-benarnya.
Contohnya: Ibu2 yang masak diorang pergi pasar beli barang basah sekurang2nya untuk 3 hari, beli barang2 kering utk 2 mggu atau sebulan, takdenya nak buat hari2.
Jadi perancangan yang mana lagi bagus? Pastinya perancangan jangka panjang kan?
Bagi aku tak salah buat RPH untuk seminggu terus, andaikata RPH untuk hari seterusnya tak sesuai dijalankan lagi sebab murid belum kuasai, nak ulang tambah yang semalam punya, tak salah, waktu tu editla RPH yang dah disiapkan untuk seminggu.
RPH ni pun kadang bukan 100% kita ikut, sebab berdepan dengan manusia yang ada emosi ni, tambah dengan kanak2 riang ni, kadang rph yg kita rangka tu pun kita ubah on the spot. Bukan semua mgkin bahagian aktiviti sj yg kita ubah sikit.
Cuaca pun main peranan jugak, kadang rancang nak buat lain, hujan lebat turunn. Nak buat lakonan ka, atau speaking activity ka dah tak dengar pulak, kena tukar yg lebih sesuai.
Betul x? Sape setuju?
Monday, 27 April 2020
Pelik dunia sekarang
Dulu, Rasulullah pesan bila berjalan mata jangan sibuk pandang kiri kanan tengok rumah orang,
Tapi hari ni manusia sendiri yang sibuk memerihalkan hal di dalam rumah
Aku pelik dengan dunia sekarang,
Dulu, nabi pesan kalau makan makanan, bau sampai ke rumah jiran, kena bagi sikit kat dia
Tapi hari ini manusia sibuk upload gambar makanan sana sini
Untuk tujuan jual rasanya ok jugakan, sebab sekarang ada online delivery
Aku pelik dengan dunia sekarang,
Nabi kata apa yang disampaikan kepada kita, dan apabila kita berpaling daripada orang tersebut, ia menjadi satu amanah
Tapi manusia hari ini, apa yang disampaikan, dicanang kepada manusia lainnya tanpa rasa bersalah
Aku pelik dengan dunia hari ini,
Nabi kata sesuatu perkara tidak benar tentang seseorang yang kita sebarkan adalah fitnah, dan perkara buruk walaupun benar adalah umpatan
Tapi manusia hari ini sewenang2nya berkata buruk perihal orang atas, rakan sekerja, mahupun adik beradik tanpa rasa bersalah
Dunia sekarang sememangnya tenat dan parah...
Sunday, 5 April 2020
Corat Coret Covid 19
Kadang bangun dari tidur rasa seakan mimpi. Benarkah kita perlu berada di rumah kerana serangan virus?
Sungguh menyayat hati bila memikirkan hal ini. Namun disebalik itu, bila memikirkan ini mungkin bala terhadap musuh2 Allah dan rahmat bagi orang beriman, hati terasa lebih bahagia.
Tak tahu di mana mahu dimulakan. Ingin kukatakan covid 19 bukanlah satu keadaan bila mana ada vaksin, atau kita sudah imun, bermakna segalanya okay.
Juga tidak bermakna, apabila ekonomi pulih, rakyat boleh keluar berbelanja, hidup kita terus berjalan seperti biasa.
Padaku, covid 19 sepatutnya menjadi penanda, menjadi pemula kepada 1 jalan hidup yang diredhaiNya.
Kita telah lama hilang, sejak 509 tahun yang lalu. Bilakah kita akan kembali?
Sistem hidup kita telah lama hancur punah. Inilah masanya kita bangunkan ekonomi kita, pentadbiran kita, pendidikan kita, mengikut sistem hidup yang selamat.
Sistem ekonomi berpaksikan hutang dan riba, kita gantikan dengan sistem wakaf.
Sistem pentadbiran berlandaskan demokrasi, kita gantikan dengan sistem khilafah.
Sistem pendidikan sekular kita gantikan dengan sistem pendidikan pondok.
Faham betul2, sistem ini bukan utk kita semata, sistem ini utk semua.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Friday, 3 January 2020
New Year 2020
Bercakap tentang negara maju, dulu2 aku tak pernah membayangkan apa, cuma terbayang negara barat yang maju.
Tetapi kini di usia 30an, aku adala sikit bayangan, mengenai apa yang aku harapkan pada sebuah negara yang dikatakan maju.
Ha, ni aku share ciri2 negara maju dambaanku.. acewah bunyi 😁
1) sebuah negara maju yang mempunyai acuannya sendiri. Bukan copy paste sistem negara lain 100%
2) negara maju yang mempunyai sistem pendidikan berfokuskan pembinaan akidah dah sahsiah. Apa maknanya maju jika akhlak rakyat ya runtuh
3) negara yang sistem kewangannya berdiri sendiri. Transaksi menggunakan mata wang sendiri. Tidak lagi bergantung kepada USD
Hmm..cukupla 3 ni dulu, kalau ada lagi ku sambung kemudian insyaAllah
Adios
Penguasaan Guru BI
Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...
-
Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...
-
Video PdP BI Untuk tahun 3,4,5 dan 6 Noun dan Pronoun https://youtu.be/zwBttVPDk9o https://youtu.be/CUc3LA84sdw https://youtu.be/yCF1Z_94N9...
-
Dewasa ini guru bergelut di dalam kelas, ingin mengawal murid yang nakal dan mengajar murid yang sudah bersedia utk menimba ilmu Murid sepe...