Sunday 5 April 2020

Corat Coret Covid 19

Hari ni 5 April 2020, siapa sangka di tahun ini seluruh dunia terkesan dengan covid 19, musuh yg tidak dapat dilihat, di dengar mahupun dirasa.

Kadang bangun dari tidur rasa seakan mimpi. Benarkah kita perlu berada di rumah kerana serangan virus?

Sungguh menyayat hati bila memikirkan hal ini. Namun disebalik itu, bila memikirkan ini mungkin bala terhadap musuh2 Allah dan rahmat bagi orang beriman, hati terasa lebih bahagia.

Tak tahu di mana mahu dimulakan. Ingin kukatakan covid 19 bukanlah satu keadaan bila mana ada vaksin, atau kita sudah imun, bermakna segalanya okay.

Juga tidak bermakna, apabila ekonomi pulih, rakyat boleh keluar berbelanja, hidup kita terus berjalan seperti biasa.

Padaku, covid 19 sepatutnya menjadi penanda, menjadi pemula kepada 1 jalan hidup yang diredhaiNya.

Kita telah lama hilang, sejak 509 tahun yang lalu. Bilakah kita akan kembali?

Sistem hidup kita telah lama hancur punah. Inilah masanya kita bangunkan ekonomi kita, pentadbiran kita, pendidikan kita, mengikut sistem hidup yang selamat.

Sistem ekonomi berpaksikan hutang dan riba, kita gantikan dengan sistem wakaf.

Sistem pentadbiran berlandaskan demokrasi, kita gantikan dengan sistem khilafah.

Sistem pendidikan sekular kita gantikan dengan sistem pendidikan pondok.

Faham betul2, sistem ini bukan utk kita semata, sistem ini utk semua.

Jika bukan sekarang, bila lagi?

No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...