Sunday 16 August 2020

RPH

 Hari ni nak cerita 2 perkara:


1) tentang RPH


RPH ni ikut syaratnya tak boleh buat awal. Contoh BI/BM yang hari2 ada kelas, hari ni habis mengajar, baru boleh buat rph untuk esok.


Rasionalnya sebab, dah habis ajar hari ni, buat refleksi barula teruskan perancangan untuk esok.


Tapi benda ni sangat kontra dengan hakikat hidup kita yang sebenar-benarnya.


Contohnya: Ibu2 yang masak diorang pergi pasar beli barang basah sekurang2nya untuk 3 hari, beli barang2 kering utk 2 mggu atau sebulan, takdenya nak buat hari2.


Jadi perancangan yang mana lagi bagus? Pastinya perancangan jangka panjang kan?


Bagi aku tak salah buat RPH untuk seminggu terus, andaikata RPH untuk hari seterusnya tak sesuai dijalankan lagi sebab murid belum kuasai, nak ulang tambah yang semalam punya, tak salah, waktu tu editla RPH yang dah disiapkan untuk seminggu. 


RPH ni pun kadang bukan 100% kita ikut, sebab berdepan dengan manusia yang ada emosi ni, tambah dengan kanak2 riang ni, kadang rph yg kita rangka tu pun kita ubah on the spot. Bukan semua mgkin bahagian aktiviti sj yg kita ubah sikit. 


Cuaca pun main peranan jugak, kadang rancang nak buat lain, hujan lebat turunn. Nak buat lakonan ka, atau speaking activity ka dah tak dengar pulak, kena tukar yg lebih sesuai.


Betul x? Sape setuju?

No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...