Sunday, 15 December 2019

Hati

Hati itu pemiliknya masih sama

Di usia 5 tahun
Mata kerap kali mengalirkan air
Tapi hatinya tersenyum manis

Di usia 10 tahun
Jiwanya makin kental
Air yang bergenang cepat2 diseka
Tapi hatinya masih penuh bahagia

Di usia 15 tahun
Di balik pintu yang tertutup
Dia menangis
Hatinya mula tercarit duka

Di usia awal 20an
Hatinya hanya sesekali dijentik
Mungkin sesekali air hangat mengalir
Namun hati semakin mengecil

Di usia 30an
Hanya ditikar sejadah
Berderai air matanya
Namun hati itu semakin tenat

Kenapakah hati Itu berubah?
Walhal pemiliknya masih sama

Adakah berubah kerana dosa?
Atau kerana persekitaran?
Atau kerana kesusahan?
Atau kerana kecemburuan?
Atau kerana salah sangka atau prasangka?
Atau kerana kewalahan?

Adakah hati yang tenat tadi
Akan terus mengecut dan kuncup
Lalu mati

Tidaklah Dia memandang rupa
Tidaklah Dia memandang harta...
Tetapi HATI

Tuesday, 29 October 2019

Live your life as it is

Bekerja dan berusahalah ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah seperti kamu akan mati keesokan hari.

Besar dan mendalam sungguh kata2 ini.

As a human being,  we do have our plan. To get something or to reach our target, until sometimes we forget to live in the present moment.

At the age of 34, with a husband and two sons, with a house to protect from the scorching sun, rain and windy night, with a car to move freely hear and there, what else do I seek for?

I am just searching for blessful live. Whatever comes, whatever happens, I just hope that it will keep me closer to Him.

Kita boleh berdoa, merancang dan bertindak. Diakhirnya semua sudah tertulis di Luh Mahfuz sana. Allah sebaik2 perancang.

Dan ketahuilah Dia tidak melihat hasil. Hasil adalah dibawah takluknya. Sedang usaha itu yang dinilai.

Monday, 23 September 2019

Oktober 2019

Sedar tak sedar, minggu hadapan tibalah bulan Oktober..bulan yg dinanti2 kerana dah hujung tahun. Klu budak sek xsabar tggu cuti, klu cikgu samala jugak hehe. Cuma biasalah seorg guru wlupun di waktu cuti otak masih jugak fikirkan tentang pdp..acewah

Tadi aku tgk gambar di facebook, gambar semasa kpli dan gems, usia dua puluhanku sudah berlalu. Dah makin tua aku rupanya.

Tak tahupun nak tulis pasai apa. Cuma kdg kala aku rindu pada teman2 lama, sahabat2ku...semoga kalian berbahagia walau di mana saja korang berada!♥️

Monday, 14 January 2019

The greatest love

Dulu ada satu lagi nasyid ni aku suka. Berkisahkan tentang cinta pada diri sebagai cinta pertama.

Dulu aku tak berapa faham, tak berapa merasai bagaimana cinta kpd diri sendiri menjadi cinta pertama?

Kini di usia 34 tahun baru aku sedar, sememangnya cinta kpd diri harus diutamakan. 

Kerana melalui saat2 luka dan kecewa dalam hidup, apa yg membantu kita utk terus melangkah adalah cinta dan sayangkan diri sendiri. 

Kita tidak seharusnya membiarkan orang lain berbuat sesuka hati terhadap diri kita. Kita ada harga diri, maruah diri, agar jangan sampai ianya diinjak2. 

Mencintai diri juga bererti kita menerima diri kita seadanya. Personaliti kita itulah diri kita. Orang yang menyayangi kita sepatutnya menerima kita seadanya. Bukan merubah diri kita menjadi individu yang lain. 


Saturday, 29 December 2018

Tahun 2019

Tahun baru menjelma lagi..perasaan? Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaannya hingga kini..

2019, mudah2an tahun ini mendatangkan kebaikan yang banyak..

Mudah2an tahun ini lebih mematangkan, lebih mendewasakan...

Tahun 1,5,6 menantiku...perancangan? Cuba sesuatu yang baru...

Hmm...##

Tuesday, 27 November 2018

Syukur, Redha Dan ...

Hari ni 28 November 2018. Esok keputusan UPSR keluar. Aku masih perlu siapkan kerja-kerja filing yg masih belum selesai.

Memasuki usia 8 tahun sebagai seorang guru, rutin tahunan tidak lagi menjadi satu perkara yg mengujakan.

Dulu, aku masih ada rasa teruja buat persediaan menghias kelas sebelum sesi persekolahan baru.

Sekarang, semua rutin yg sama tu cukup membosankan.

Melalui hari persekolahan, hari sukan, sambutan2 spt hari guru, ihya Ramadan, hari raya, perkhemahan, semuanya sama.

Utk murid, mujur mengajar masih sesuatu yg kuminati. Persediaan? Tahun 1,3,5.

Harapnya akhlak muridnya baik. Hmm...

Wednesday, 14 November 2018

Kehidupan Hari Ini

Semakin menginjak usia, ku sangkakan aku makin mengerti hakikat hidup. Rupa2nya kehidupan tidaklah semudah yang disangka.

Meniti alam remaja dan awal kedewasaan, apa yang dilihat indah itulah ia, yang enak dipendengaran, itulah ia. Namun alam kedewasaan mengajarku apa yg dilihat hanyalah lakonan semata. Apa yg didengar hanyalah tapisan akhir dari hasil sulingan. Aku mulai sedar, pemahaman tentang kehidupan hanya membawa kepada kemusnahan dan kekecewaan.

Betapa mudahnya kehidupan memusnahkan kepercayaan. Mungkin kekecewaan sebegini yang membuat para pendeta beruzlah memencilkan diri dari dunia.

Rupa2nya dunia yang ku diami hari ini indah pagar dari rupa. Kusangkakan tenang, tapi rupanya air itu dipenuhi buaya.

Betapa sosok manusia hari ni menilai pangkat dan kronisme. Dari sekecil2 tempat sehingga kepada tempat berprestij.

Betapa segelintir manusia mudah mengecap seseorang individu. Mudah mempercayai tanpa usul periksa. Mudah melabel tanpa mengenal.

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...