Thursday 23 November 2017

Jatuh cinta lagi

Hari tu aku tengok cerita cari jodoh kat TV8, masa tu semua tetamu lelaki yg hadir adalah lelaki cina yg tinggal di Jepun.

Di Malaysia kita selalu kagum dgn bangsa cina. Bagi kita org cina buat kerja pantas, rajin +++

Tapi bila aku tgk laki cina yg hidup di Jepun ni, aku jadi kagum sangat.

Cara berdiri dan bercakap sangat tertib. Sopan santun, penuh hormat.

Jadi, di fikiran aku masa tu, rupa2nya ada lagi bangsa yg lebih hebat dari bangsa cina, iaitu BANGSA JEPUN!

Hari ni entah kenapa aku rasa kecewa sangat dengan sistem pendidikan kita.

Kata tak nak tgk A, tak tgk GPS, habis tu nak tengok apa?

Kata nak tengok murid lulus. Sebelum ni LINUS, sekarang LULUS.

Masa LINUS dijalankan pun aku ada terfikir tentang murid-murid yg ada masalah pembelajaran.

Salah cikgu tak pandai mengajar ka? Habis tahun 6 xtau baca jugak?

Habis tu kalau dalam satu kelas 30 orang, sorang tak boleh baca, 29 boleh baca, cikgu jugak ka yg salah?

Cuba bayangkan seekor gajah diberi ujian terbang. Boleh ka gajah tu berjaya? Gajah pastinya rasa sedih, rasa gagal, rendah diri, tak berupaya. Sebab memang gajah tak boleh terbang.

Memberi ujian yang bukan pada tempatnya adalah tidak adil.

Kebetulan aku google terjumpa 1 laman web, seorang doktor yang memberikan komen tentang hal yang sama.

Aku rasa gembira sebab ada juga orang lain di luar sana yg berpendapat sama.

Pastu aku terfikir pasal bangsa Jepun. Terjumpa artikel tentang bagaimana sikap mereka ketika berhadapan dengan musibah tsunami.

Subhanallah, indahnya akhlak mereka.

Aku cuba google tentang sistem pendidikan mereka. Wah, sangat hebat. Pembentukan moral, akhlak, sifat berdikari, memikirkan kepentingan orang lain. Begitu indah acuan mereka.

Mengapa sistem ini tidak kita selidiki dan gunapakai?



No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...