Tuesday 21 November 2017

GPS DAN TRADISI KEILMUAN ISLAM

Gps yang menjadi dasar kepada sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi dengan pemberian baiah dan sbgnya memang terlihat baik.

Namun kehadiran semua ini hanya menguatkan lagi sistem 'exam oriented'.

Sebab apa? Sebab para pentadbir semestinya mahu menaikkan sekolah masing2, meletakkan guru2 pada posisi menekankan A dan lulus.

Mengapa ini masih berlaku? Walhal kssr didatangkan dengan tujuan murni, pentaksiran secara menyeluruh.

Pusingan u telah dibuat. Kenapa? Ini adalah kerana perkara:

1) Tiada kefahaman mengapa perlu ada band 1,2 dan 3.

Jadi pihak yang mahukan cantiknya data, hanya mahu melihat band 4,5 dan 6.

2) Apabila kesemua murid dapat band 4,5 dan 6. Siapa yang harus ke SBP ke MRSM?

3) Adakah negara mempunyai sekolah seni @ sek sukan yg cukup utk murid-murid yg cemerlang dalam kedua-dua bidang ini?

Kerana kegagalan merancang dan meramal, pusingan u telah dibuat.

Sekarang sekali lagi kita saksikan pusingan u untuk meniadakan GPS.

Ia bukanlah satu hal yang buruk. Ia bahkan satu tindakan yang sangat wajar diambil.

Namun sekiranya ia hanya terhenti di sini, ia tidak akan membawa sebarang perubahan besar kepada sistem pendidikan sedia ada.

Guru-guru di serata negara menyaksikan rata-rata murid disuap sedangkan mereka tidak lapar atau dahaga. Begitulah kiasannya.

Anak bangsa kita sepatutnya dibudayakan dengan budaya cintakan ilmu. Dengan itu,

-mereka akan mencari
-mereka akan bertanya

Jika kita telusuri tradisi keilmuan Islam, kita akan dapati.

Tokoh-tokoh ilmuwan Islam berjaya mencapai keunggulan kerana tindakan mereka didasari al-Quran.

Al-Quran mengajar kita berfikir merenung ciptaan Allah. Banyak ayat al-Quran yang menyebutkan perihal alam, kejadian manusia, bulan, bintang, kejadian siang dan malam, bangunan tinggi-tinggi dengan itu mereka berfikir dan menemukan penemuan2 baru.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, telah melakar sejarah baru buat kita.

Pendidikan dan agama dijadikan dua entiti berbeza.

Walau kita telah 60 tahun merdeka.

Namun 1511 ke 1957,
60 tahun dinisbahkan kepada 446 tahun, suatu jarak masa yg begitu panjang untuk dihitung.

Adakah mustahil untuk kedua entiti yang terpisah ini kembali bersatu?

No comments:

Post a Comment

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...