Thursday, 30 August 2018

Riba Dan kejatuhan sistem khilafah

Salam semua. Sempena hari merdeka esok, aku pikirkan tentang merdeka. Ntah kenapa tetiba aku teringat tentang zaman gemilangnya kerajaan Islam.

Siapa tahu tahun berakhirnya sistem khilafah? Siapa tahu apa puncanya?

Bagi aku yang tak berapa rajin membaca. Purata dalam 5-6 buku setahun adala...bagi aku sistem khilafah ni jatuh berpunca daripada riba.  Dan terjebaknya kerajaan Uthmaniyyah ke dalam riba adalah disebabkan oleh penglibatan mereka ke dalam kancah perang Dunia Pertama.

Bukan setakat itu, jika kita telusuri dengan lebih mendalam, bagaimana bermulanya riba? Riba bermula apabila wujudnya sistem perbankan. Dan tahukah anda, rentetan daripada wujudnya sistem perbankan dan revolusi perindustrian, hinggalah kepada perancangan sulit perang Dunia Pertama inilah tertubuhnya Bank Dunia. Penubuhan Bank Dunia dirancakkan lagi dengan kewujudan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain badan dunia.


Saturday, 25 August 2018

Dr Daniel Zainal Abidin Saying

Baru2 ni aku ada tgk youtube, cari ttg apa ntah dah lupa. Pastu terclick ttg Dr Danial cerita mengenai tuhan. Kat situ dia ada cakap, ustaz di sekolah mengajar tentang agama, tetapi tak ajar ttg kecantikan agama tu sendiri. Ajar tentang solat ttp tidak pada keindahan, kepentingan solat itu sendiri.

Tapi yg aku nak nyatakan di sini adalah aku tak salahkan ustaz. Dah silibus disusun macam tu, depa pun kena ajaq macam tu la.

Jangan kata hal agama, ambil contoh mudah kebersihan. Dalam kelas pun buat sampah. Kalau sambut hari sukan ka apa, sampah pun bertaburan di merata2. Yg plg best, plastik sampah dah diikat di merata2 tiang pun, budak tinggal je sampah terkedang kat mana depa makan. So, amacam?

Belum kira di peringkat negara, kempen Sayangi Sungai Kita, setelah lebih 10 tahun dilaksanakan, sungai masih tercemar. Mentaliti kita masih tak berubah. Cer tanya sikit apa Jepun buat sehinggakan rakyatnya berdisiplin, bersih dan jujur?

Aih, dah jauh ku melencong 😅

Nak katanya, kelompongan dlm sistem pendidikan di negara kita wajar ditangani dgn solusi ampuh. Persoalannya bila dan bagaimana??


Buku teks CEFR

Assalamualaikum semua. Hari ni aku terpanggil utk cerita ttg buku teks. Pada aku rakyat Malaysia memerlukan transformasi atau perubahan besar dalam penyediaan buku teks.

Ada beberapa sudut yang boleh diubah atau diperbaiki. Dan kukira bahagian ini adalah antara yang terpenting. Jika setel bahagian ni 50% tu dah selamat.

1) Semua buku teks bahasa mengandungi isi/topik yang sama. Contoh topik pertama untuk BM tentang tempat2 di sekolah. Topik ini mesti selaras untuk subjek BI/BA/BC/BT. Supaya apa? Ha, yg ni mesti ramai boleh fikirkan tujuan kenapa kita mesti buat camtu....kan kan kan kan kan. Ha, byk betul kan nya 😁

2) Buku teks CEFR dibuat berdasarkan item2 yang terdapat dlm kurikulum framework utk setiap sub skills. To be truthful, that's not an easy task. But if the government can come up with this kind of textbook they will indirectly provide the teachers with materials that will ensure the successful implementation of CEFR. It must be parallel for all years (y1-y6).

Pertinent to this, we will be able to integrate the scaffolding into the system. Rafther then scaffold in the process as the curriculum framework itself is a scaffolding.



Buang sawang

Assalamualaikum kepada semua, semoga gembira hari ni. Topik hari ni tentang sawang.

Cuti sekolah dah nak abis. Today is the last day. Tomorrow will be starting the class after 1 week off.

Cuci porch tick
Mop lantai tick
Tanda Kertas ujian Tahun 6 tick
Pendaftaran tingkatan satu tick separuh
Erph tick
Sawang belum tick

Ha, tu la sebabnya topik hari ni pasal sawang. Apa2pun doakanku utk rajin menyawang..ahakks. Adios




Saturday, 9 June 2018

Ramadhan 2018

Salam Ramadhan

Haha...itu aje yg keluar...not in a mood to write, nothing comes out

Adios amigos 👋

Wednesday, 25 April 2018

Ku bertanya

Ku tanya pada alam
Kenapa pepohon tidak menyapaku
Dengan gemalainya dedaunan

Ku tanya pada langit
Kenapa kesuraman yang menyapa
Mendungmu membawa rawan
Yang entah bila kan pergi

Ku tanya pada bulan
Kenapa sinarmu begitu kelam
Kegelapan malam kian mencengkam

Ku tanya pada sang bayu
Kenapa berhenti berlagu
Desirmu terhenti mati

Ku bertanya dan terus bertanya
Di manakah salahnya
Akankah matahari menyua muka
Membawa seri dan makna
Pada jiwa yang sirna

Tuesday, 13 March 2018

Corat coret malam Rabu

Korang penah tak rasa bosan dgn kehidupan sehari-hari?

Aku sekarang bosan tahap 2. Tahun lepas tahap 1.  Tahun ni kiranya bertambahla kebosanan aku 😅

Aku perasan yg dr dulu aku jenis cepat bosan kalau buat perkara yg sama berulang2. 

Ha, tu jelah nak kabo. Adios!

Penguasaan Guru BI

Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...