Aku pelik dengan dunia sekarang
Dulu, Rasulullah pesan bila berjalan mata jangan sibuk pandang kiri kanan tengok rumah orang,
Tapi hari ni manusia sendiri yang sibuk memerihalkan hal di dalam rumah
Aku pelik dengan dunia sekarang,
Dulu, nabi pesan kalau makan makanan, bau sampai ke rumah jiran, kena bagi sikit kat dia
Tapi hari ini manusia sibuk upload gambar makanan sana sini
Untuk tujuan jual rasanya ok jugakan, sebab sekarang ada online delivery
Aku pelik dengan dunia sekarang,
Nabi kata apa yang disampaikan kepada kita, dan apabila kita berpaling daripada orang tersebut, ia menjadi satu amanah
Tapi manusia hari ini, apa yang disampaikan, dicanang kepada manusia lainnya tanpa rasa bersalah
Aku pelik dengan dunia hari ini,
Nabi kata sesuatu perkara tidak benar tentang seseorang yang kita sebarkan adalah fitnah, dan perkara buruk walaupun benar adalah umpatan
Tapi manusia hari ini sewenang2nya berkata buruk perihal orang atas, rakan sekerja, mahupun adik beradik tanpa rasa bersalah
Dunia sekarang sememangnya tenat dan parah...
Monday, 27 April 2020
Sunday, 5 April 2020
Corat Coret Covid 19
Hari ni 5 April 2020, siapa sangka di tahun ini seluruh dunia terkesan dengan covid 19, musuh yg tidak dapat dilihat, di dengar mahupun dirasa.
Kadang bangun dari tidur rasa seakan mimpi. Benarkah kita perlu berada di rumah kerana serangan virus?
Sungguh menyayat hati bila memikirkan hal ini. Namun disebalik itu, bila memikirkan ini mungkin bala terhadap musuh2 Allah dan rahmat bagi orang beriman, hati terasa lebih bahagia.
Tak tahu di mana mahu dimulakan. Ingin kukatakan covid 19 bukanlah satu keadaan bila mana ada vaksin, atau kita sudah imun, bermakna segalanya okay.
Juga tidak bermakna, apabila ekonomi pulih, rakyat boleh keluar berbelanja, hidup kita terus berjalan seperti biasa.
Padaku, covid 19 sepatutnya menjadi penanda, menjadi pemula kepada 1 jalan hidup yang diredhaiNya.
Kita telah lama hilang, sejak 509 tahun yang lalu. Bilakah kita akan kembali?
Sistem hidup kita telah lama hancur punah. Inilah masanya kita bangunkan ekonomi kita, pentadbiran kita, pendidikan kita, mengikut sistem hidup yang selamat.
Sistem ekonomi berpaksikan hutang dan riba, kita gantikan dengan sistem wakaf.
Sistem pentadbiran berlandaskan demokrasi, kita gantikan dengan sistem khilafah.
Sistem pendidikan sekular kita gantikan dengan sistem pendidikan pondok.
Faham betul2, sistem ini bukan utk kita semata, sistem ini utk semua.
Jika bukan sekarang, bila lagi?

Subscribe to:
Posts (Atom)
Penguasaan Guru BI
Berusaha meningkatkan penguasaan guru2 BI adalah satu usaha yang murni dan patut disokong Tetapi seandainya beberapa hal lain juga diberi pe...
-
Dewasa ini guru bergelut di dalam kelas, ingin mengawal murid yang nakal dan mengajar murid yang sudah bersedia utk menimba ilmu Murid sepe...
-
Kadang2 kita belajar dari perkara yang berlaku di sekeliling. Kadang2 kita tak sedar bhw kita belajar sesuatu dalam kehidupan drpd org seke...